Thursday, January 12, 2012

JAKET BUKU

Jaket Buku Biru ... dari kain

Jangan tak tahu, buku pun ada jaket gak. Ini lah hadiah birthday dari anak anak aku sempena hari jadi aku tahun lalu ... hehehehe. Macam dah lama bebeno bunyiknyer tahun lalu tu. Anak anak macam tahu jer emak dia ulat buku. Dia orang ni penah nampak kut aku belek benda ni masa kat MPH satu hari tu. Prihatin jugak anak anak aku kat kehendak mak dia yer, walaupun mak dia tak kata apa-apa. Sayang anak anak mak :)

Lampu untuk ketip kat tepi buku masa kurang cahaya

Jaket buku ni kira salah satu dari aksesori buku selain lampu buku yang aku beli tahun lepas. Bagus Jaket ni, sebab orang keliling tak yah lah nak jenguk kita tengah baca buku apa.Buatkan kita rasa selesa. Aku kalau nak membaca memang tak kira tempat, mana-mana pun aku boleh membaca, termasuk kat dalam bilik kecik ... hehehehe. Sungguh buruk perangai :) Selain dari itu, muka buku (bukan Facebook yer) @ frontpage dan backpage pun akan bersih dan terpelihara. Lagi satu dia sangat comel. Insya ALLAH kalau ada rezeki boleh lah aku tambah aksesori buku yang lain pulak. Jom kita tengok macam-mana buku aku pakai 'Jaket' dia ;)

Yang ni belah dalam Jaket ... cantik kain kat dalam tu,
Macam kain baju kurung 'cotton'
Yang tali dua selari tu adalah tali getah
Yang tali panjang tu akan bertindak sebagai penanda buku

Contoh nyer nak balut buku UAI ... best buku ni
Sangat mudah difahami dan sangat santai
kebetulan buku ni lak ngam ngam dengan 'Jaket'

Sisipkan muka depan yang tebal tu kat ruang depan tu
Memang khas untuk sisipan muka depan

Yang muka belakang pulak ...sisipkan kat bawah tali getah
dan sisipkan juga kain jaket yang selebihnya kat bawah tali getah tu
supaya dia kemas gitu

Tarrraaaa!!! .... dah siap
Kalau nak cantik lagi leh letak ribon kat mana-mana nak
Macam aku letak Ribon Fabrik yang untuk tudung tu kat sudut buku
Tak sempat nak hambik gambo :)

p/s : semalam masa discussion dengan dengan bos masa nak abis tu dia tanya, HR dah carikkan PA untuk you, dia orang dah dapat ker? Hish, biar betul telinga aku ni, PA untuk aku? Ker aku silap dengar. So aku just said,"I will check dengan HR". Then aku call HR, "Betul ker you all tengah carik PA untuk I?". HR said "Yes, tapi belum dapat lagi" Hish lagi aku dalam hati, aku nak ada PA ... hehehehe. Thanks Boss sebab you nampak betapa sibuknyer I ni :)

2 comments:

Mrs Taz said...

rajinnya acik baca buku ... :D

My Life My World said...

Mrrs. Taz - Acik memang suka sangat sangat baca buku Zia :)