Saturday, January 21, 2012

JEMPUTAN WALIMATUL URUS


Hari ni opis aku diistiharkan cuti ... dan kebetulan ada jemputan kawin pulak hari ni kat Dewan Komuniti Taman Ibukota. Tak pernah sampai sini, nasib baik ada GPS. Love U lah GPS banyak membantu. Aku tahu kat mana Taman Ibukota ni, tapi dah lama tak sampai sini. Memang berlainan beno dari suasana dulu. Masa tahun 70 - 80'an selalu datang area ni sebab Best Friend abah dan mak duk kat sini. Sekarang ni dah lain bebeno. Gersang macam kawasan baru, tak banyak pokok. Habis dah kena tebang kut sebab memberi ruang pada pambangunan kat sekeliling ni.



Konon-konon nyer nak keluar rumah pukul 11.30 pagi. Tapi lastly keluar gak pukul 12 tengahari. Selalu memang gitulah. Kalau tak pukul 11.30 tak ada nyer nak bersiap, nak kena tunggu siren kecemasan dari mak dulu baru nak gerak masuk bilik air lah, sorang lagi baru nak gosok bajulah, sorang lagi masih nak mengadap laptop lah. Dah kena gertak baru nak tinggalkan Laptop.


Tak lah susah sangat nak carik tempat ni, parking pun senang. Bestnyer jugak Dewan ni ber'air-cond'. Memanglah best nak lepak lama-lama. Meja pun banyak. Deco cantik dan menarik, bunyi-bunyian tak lah membingitkan telinga. Tempat hidang senang nak capai dan dekat dengan meja. Yang ni majlis belah pompuan. Bapak pengantin, Datuk Ibrahim adalah Partner Bos aku. Dah lama dah kenal dia, dah nak masuk 19 tahun. Sejak aku masuk kerja kat tempat aku kerja sekarang ni :)






Ala-ala Arab gitu tema pengantin pompuan dan lelaki. Family pompuan lak semua pakai baju merah menyala gitu. Masa aku sampai, Fiza my opismate dah abih makan. Datang dengan suami dan tiga heronyer. Yang kat atas ni pakai baju kurung merah tu Mak Pengantin Perempuan, Datin Roseniza, kat sebelah dia yang tengah peknen tu anak dia yang kerja satu opis dengan aku, Intan nama dia.



Aran kena paksa senyum dengan mak dia, susah betul nak senyum kalau ambik gambar.
Budak kecik ni lah selalu jadi mangsa, sementara dia masih tak tahu nak memberontak 
tak moh ambik gambar macam abang dan akak akak dia. Hihhikhik


Lawa cenderahati dia, anak-anak dapat coklat dalam bekas 4 segi tu. Mak dia dapat cenderahati kotak besar sikit tu. Ada telur, ada coklat jugak dan ada kuih bahulu. Nice sangat ... warna biru feberet aku tuh. Hmmm ... esok ada lagi majlis kenduri kawin kat Ampang pulak. Tiap tiap hari makan nasik minyak ... Acik suker :)

7 comments:

azieazah said...

Kak Azie pun tadi pegi majlis kenduri sorang sahabat kita.. MEK tu dah terima menantu pertama. Dengar citer, dia cuma jemput kawan2 rapat saja.

Acik Erna said...

cantiknya cenderahati dia..warna biru lembut tu memang menawan.

My Life My World said...

azieazah - Wah! MEK dah terima menantu. Macam muda sesangat Mek tu, dah pun dapat menantu. Baru baca dari blog akak, meriah nampak majlisnya. Pergi dengan Datuk Pandora ker :)

My Life My World said...

Acik Erna - Memang cantik dan menarik. Kemas jer cenderahatinyer.

IXORAROXI said...

Salam Fairos.Kenduri kahwin sekarang ni sungguh gilang gemilang ya siap bertema2 lagi..comel Aran bila senyum

My Life My World said...

IXORAROXI - Iyalah Ix ... anak kita nanti macammana lah pulak caranyer kan. Tu yang belanja kawin makin meningkat sekarang ni.

Aran tu kena paksa senyum dengan mak dia, sampai tiap kali ambik gambar suruh tunjuk gigi. Hehehehe

azieazah said...

Tak pegi dgn Dato Pandora. Dia dgn family dia.

I pegi dgn Farha, sebab kami sama-sama gerak dari ofis. Kerja half day.