11 OCTOBER 2013
Hari Graduasi My No. 2 - Iqa di MRSM Johor Bahru, ikutkan memang lah jauh jaraknya Tapi disebabkan beberapa faktor aku sangat teruja untuk menghadirinya. Antara faktornyer ... dah lah jarang jumpa dia sebab jauh sangat, so rindu sangat kat dia, faktor yang lain pulak ... Iqa nak ambik SPM tahun ni jadinyer kena lah bagi dorongan, sokongan serta semangat. Sekali dia tengok mak pak orang lain semua datang dan dia tak ada pulak orang nak datang, nanti sedih pulak. My No. 2 ni dah ler anak yang paling emosional sekali. Dan juga atas faktor memenuhi hajat Nenek Klang untuk menjenguk Iqa dan sekolahnya.
Aku dah lama tak hadir majlis 'Graduation' ni kan. Apa lagi anak sendiri. Last sekali masa anak-anak di Taska. Itu jer lah. Lama giler tu. Dan sekali dulu masa Graduation Mak Su, tapi itu pun tak dapat masuk gak, duk luar tengok skrin. Masa Kak Long, ibu bapa tak dijemput. Jadi segala peluang yang ada kena lah rebut. Rugi rasanya kalau tak hadir.
Rombongan kali ini aku adalah dengan Nenek Klang dan Cik Yah (mak cik anak-anak). Kesian nenek, dah nak masuk 2 tahun baru aku berkesempatan bawak dia disini. Itu pun aku tahu lepas Cik Yah berkata, "Mak teringin sangat nak tengok tempat Iqa sekolah", "Ish, boleh jer Mak, bulan depan memang nak pergi sana pun tengok Hari Graduasi Iqa, nanti mak dengan Cik Yah ikut ya", balas aku. Gitu lah lebih kurang dialog nyer. Selalu bawak Nenek Kuang ajer kan. So kali ni kita tukar-tukar pulak.
Kami sampai di JB lebih kurang pukul 12 tengahari, tapi pergi makan-makan dulu then Check-In kat Amansari Residence dulu, sebab nak solat.Iqa kata majlis bermula pukul 3 petang. So adalah masa lagi. Masa kami sampai, murid baru berarak masuk. Then parking waktu tu dah penuh. So aku dan nenek turun dan masuk dewan dulu while others pusing carik parking. Masa masuk tu lah ada Banner kat atas tu. Sempat lagik ambik gambo, then belek muka sorang-sorang carik muka anak sendiri. Tak yah tunggu lama ... jumpa gak terselit kat satu sudut muka Iqa.
Senang jer nak carik muka Iqa sebab duk tepi sekali ;) then ambik gambo penuh lak tu
Orang lain semua takat dada jer.
Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat. Siap ada Cokmar lagik. Memang kelas gitu. Sila abaikan ke'jakun'an aku, maklumlah dah lupa macam mana majlis graduasi. Majlis masa 'Graduation' sendiri kat ITM tahun 1991 dulu pun dah hampir luput dari ingatan. Tapi jelezzz sangat kut, sedangkan Majlis sekolah jer pun dia orang siap pakai jubah masa majlis graduasi ni. Masa aku dulu, Diploma jer pun :p tak ada jubah jubah . Dah lah masa tamat tingkatan 5 pun tak ada majlis ni. Tak aci tak aci. Ish ish ish. Tu ler sapa suruh study takat tu jer kan (malu malu malu) huhuhu
Majlis Graduasi kali pertama ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mahzan Bin Atan, iaitu Mantan Pengetua MRSM Johor Bahru sendiri, beliau lebih dikenali oleh Ayahanda oleh seluruh murid, dan sangat disayangi oleh semua murid-murid. Teringat Iqa bercerita, yang semua orang nangis semasa majlis perpisahan dia dulu. Namun sekarang telah menjadi Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah MRSM. Sangat teruja warga MRSM JB, sebab dia telah 'Save The Date' khas untuk Majlis di MRSM JB.. Walaupun MRSM lain turut menjemputnya. Lebih membanggakan lagi, MRSM JB telah menduduki tempat ke 22 dari seluruh MRSM di Malaysia, yang berjumlah 45 MRSM keseluruhannya. Dan ianya baru dibuka tak sampai 2 tahun.
Batch Iqa adalah kumpulan yang pertama yang akan mengambil SPM di sekolah ini, dan sudah semestinya mereka menjadi 'Benchmark' untuk adik-adik 'junior' yang lain. SPM kali ini adalah peperiksaan utama pertama yang dijalankan di MRSM JB. Tahun ini tiada PMR di sekolah ini. Maklumlah tiada murid Tingkatan 3 ditempatkan disini. Tahun lepas masa baru buka hanya student Tingkatan 4 dan Tingkatan 1. Tahun ini baru lah ada Tingkatan 1, 2, 4 dan 5. Kira Iqa dan kawan kawan Form 5 Batch 2013 patut bangga kerana menjadi Kumpulan 'Pioneer' disini. Suka sangat dewan ni, besar dan berhawa dingin. Sangat selesa. Alhamdullilah, disinilah nanti Iqa akan manghadiri Peperiksaan SPM nya hujung tahun ni.
Keberangkatan balik Tetamu Kehormat
Akhirnya dapat jumpa Iqa ... sori lah sayang, mak sempat beli 'Bouquet of Cupcakes' jer tu pun di luar dewan. Mak tak beli jambangan bunga plastik, tapi mak beli jambangan 'cup-cakes' at least lepas ambik gambo boleh gak makan kek tu kan. Hehehehe ... Sempat jugak ambik gambar bersama nenek dan Cik Yah dalam dewan. Ramai kawan-kawan Iqa panggil dia 'Zirafah' sebab dia adalah murid perempuan yang paling tinggi di Tingkatan 5. Tapi kalau korang tengok gambar ni, korang tahu lah genetik tu dari mana kan. Sudah semestinya dari famili Abah. Buktinya ... Cik Yah dia lagi tinggi dari dia, itu tak tengok Pak Cik dan Mak Cik Klang yang lain lagi.
Gambar Iqa dengan kawan-kawan dari kamera polaroid
Tinggi kan anak aku ... aku jer dah jadi kemetot sekarang
Meriah sungguh suasana di luar dewan selepas majlis. Belum lagi tengok barisan yang panjang kat dalam dewan, sebab ramai yang nak ambil foto studio yang menyediakan perkhidmatan selepas majlis graduasi. Tak per lah Iqa ... gambar gambar dalam kamera pun dah cukup ya.
Nampak tak Kotak Printer HP hitam itu dan bertanda merah tertulis '1'
Itulah hadiah yang Iqa dapat semasa majlis makan malam untuk Tingkatan 5 minggu lepas.
Grand Prize rasanya ... Alhamdullilah.
Semua murid adalah dibenarkan balik bercuti selepas majlis. Murid-murid lain yang tak terlibat dengan majlis lagi awal dah balik. Balik bercuti sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha. Lima hari cuti ... sebelum kembali ke Maktab semula. Nenek dan Cik Yah sempat ambik kesempatan pergi jenguk Dorm Iqa. Memanglah macam 'Tongkang Pecah' keadaannya. Meja jer yang lawa sikit. Maklumlah semua dah berkemas nak balik.Seperti biasa Iqa akan berkemas 'last minute' punya. Main campak-campak jer semua dalam beg dan lemari. Dan Beg Biru Ikea tu memang jadi penyelamat, untuk barang-barang yang tak sempat kemas lalu "nampak-capai-campak" kan sahaja kat dalam beg biru itu.
Meja Iqa dan Adila, rakan sepergaduhan yang sangat akrab. Sebab masing-masing kuat menyakat dan kemudian baik balik. Macam adik beradik lah kiranya. Untuk Iqa ... semoga cemerlang dalam SPM 2013. Jadikan kata-kata kat white board Adila tu sebagai semangat untuk dapat 9A hendaknya. And mak nak wish "All the best to all of SPM Candidates Batch 2013 MRSM J.B." Semoga kalian cemerlang dan dapat mengharumkan nama MRSM JB seperti yang diharapkan. AMIN.
1 comment:
Tahniahh
Post a Comment