Awal tahun ni, hujung bulan Mac yang lalu Kak Long terpilih untuk ke PLKN Gambang bagi Siri 10/2013 Kumpulan ke 2. Kak Long pasrah bila tahu dapat PLKN. Dapat pun okay, tak dapat pun okay ... katanyer. Tapi dia prefer nak pergi. Sebab nak cuba sesuatu yang baru, setelah bergelumang dengan buku bertahun-tahun.
Mengenali Kak Long macam "Eh! biar betul budak ni, boleh ker dia tahan nanti nih". Dah ler dia ni jenis tak suka panas, tak suka peluh, tak suka bersukan, tak suka aktiviti luar, tak suka perkara yang boleh mengelapkan muka (macam ler cerah sangat.. hehehe) dengan tak pernah berenggang dari rumah dan kemudahannya. Tak reti nak basuh baju sendiri, Memang macam tak percaya bila dia rela hati nak pergi.
Memula hantar dia ker Stadium Bandar Baru Selayang, tempat berkumpul. Kak Long relax jer, siap pakai baju kurung lagi macam nak sambut raya ... orang lain semua pakai seluar atau denim jer. Sungguh perempuan melayu terakhir betul kau Kak Long. hahahaha. Kami tak ada nangis-nangis pun, bukan nak pergi mencederakan diri, bukan tak jumpa lagi pun kan. Senyum-senyum sambil beri semangat kat dia. Alhamdullilah ! tak sangka dia boleh survive kat sana. Walaupun timbulnyer message begini selepas seminggu berada di Kem Gambang antara Kak Long (putih) dengan Iqa (hijau)
Dia tak banyak merungut dengan aku bila aku call dia, mungkin dia takut aku risau kut. Dengan adik dia macam macam dia cerita..... dan adiknyer di JB pulak siapa forward kat aku message kakak tersayang dia. Sepanjang Kak Long duk di Kem Gambang, aku sempat jenguk dia 3 kali. Kesian kat anak aku, dah la tak penah berpisah. Dari muka boleh lah dikatakan cerah ... dah jadi gelap dan kusam huhuhu. Tapi dia happy sangat-sangat kat sana. Yang paling tak tahan cuma 2 minggu pertama jer, lama-lama dah boleh terima semua keadaan, malahan rasa seronok pulak. Berjumpa dengan kawan-kawan baru yang sekepala dan tak renti bercakap. Memang se spesis lah. Tapi Kak Long tak sempat abis sebab dah kena daftar diri kat UiTM Puncak Alam untuk Kursus Asasi Sains. Dah nak berpisah pulak, habis semua keluar air mata dan air hingus. Macam lah tak jumpa lagi kan, walhal semua duk area KL jer pun.
PLKN banyak mengajar Kak Long erti kehidupan. Erti bercampur gaul dengan orang yang dia tak jangka berperangai bagaimana. Dapat masuk hutan yang sebelum ni dia tak rasa seronok, berkawad hampir setiap hari, bersukan (benda yang dia tak suka nak buat juga), sharing makan setray dan minum sebotol (pun dia tak pernah hadapi selama ni), makan maggi ramai-ramai dalam sebekas besar, merasakan bahawa biskut kering adalah yang tersedap di dunia. Memang banyak benda yang dia tak pernah hadap dia kena hadap. dan sewaktu di PLKN baru dia tahu keseronokannya. Belajar basuh baju sendiri dengan tangan. Kemas katil dan almari sentiasa, dan paling penting belajar erti setiakawan, ketawa dan menangis bersama. Belajar tentang pentingnya masa dan disiplin. Bagusnyer di PLKN penerapan terhadap agama sangat sangat penting. Bangun seawal pukul lima pagi untuk berjemaah di Surau untuk setiap 5 waktu. Juga mendengar ceramah-ceramah ugama dan menghadiri usrah yang sentiasa ada di Kem.
Katanyer "Hanya orang yang pernah pergi PLKN sahaja yang tahu betapa seronok dan bertuahnyer terpilih untuk datang ke PLKN". Yang tak suka tu adalah orang yang malas nak join aktiviti atau mementingkan diri sendiri. Just enjoy everything yang dia orang suruh buat - itu lah kata-kata Kak Long. Dan membuatkan Adik-adik macam bersemangat untuk pergi juga. Sehingga ke hari ini ikatan setiakawan tu tak pernah putus, hari hari bertegur sapa di Whatspp Group.
Dan sangat mengejutkan bila Iqa pun turut terpilih untuk kemasukan Siri 11/2014. Seronok giler dia bila dapat tahu dapat tawaran ke PLKN. Ada orang kata, kalau sorang dalam keluarga terpilih, adik beradik yang lain tak akan dapat peluang lagi. Tapi betul tak sangka lah. Sangat bersyukur.
Tahniah! Anda terpilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara Siri 11/2014.
NAMA | : | NUR HAZIQAH BINTI HASHIM | |
NO. KP | : | 96030110XXXX |
Penempatan pelatih akan dimaklumkan kemudian. Terima kasih.
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2013 JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
Cuma kali ini tak sure lagi tawaran untuk Iqa adakah untuk Kemasukan I, II atau ke III. Harap-harapnya biarlah untuk Kemasukan I atau II sebab kalau ke III peluang untuk pergi adalah tipis, manalah tahu kalau ada rezeki nak kena sambung belajar pulak. Ada keluarga yang tak suka anak nya terpilih ke PLKN dan ada yang sebaliknya. Terpulang pada penerimaan masing-masing. Bagi aku pulak, terima cabaran yang datang, jangan lari ... hadapi dengan semangat. Sebab kehidupan ini tak tahu macammana gelombangnya. Rasai semua dan pasti kita tahu pahit manis maung kehidupan. Pandai-pandai bawak diri dan jangan menyombong ... kita boleh hidup walau diletak kan di mana mana ceruk sekali pun. Insya ALLAH
No comments:
Post a Comment