Tuesday, November 15, 2011

POTONG JANGAN TAK POTONG

Ahad, 13 November 2011

Seharusnyer post ni aku buat semalam. Tetapi sangatlah buzy sampai tak tahu mana satu nak buat. Balik umah ingat nak terjah PC, apalah nasib line streamyx lah pulak kemut sangat, tak lancar langsung. Macam semekut yang kejap ada kejap tak ada tu, tapi dalam kes ni tak ada memanjang. Rasa nak bako jer modem. Nak subscribe UNIFI, tak ada line lah pulak sampai kat sini lagi. Maklumlah kampung kan. Nak update kat BB, seperti biasa tiada kesabaran di dada, line Maxis sangatlah tidak mesra alam dengan aku kat rumah ni. Sebab banyak sangat pokok-pokok keliling rumah. Boleh kah ini dijadikan alasan. Hahahahaha ... banyak bebeno alasan tu kan. Apa daa tuan punya blog.


Sajer nak buat iklan 'Bubba Gump' nih,
tak masuk pun sebab poket sangat nipis ... hehehe

Hari Ahad lepas, jalan-jalan di CURVE Mutiara Damansara. Dah keluar rumah pun tahap tengahari masa tu. Sangatlah jem nak masuk parking, tapi nasib baik tak tunggu lama dapat ler jugak parking, walaupun ada sessi amazing race kat tempat parking tu. Parking nyer kat Ikano, jalan nyer kat Curve. Sangat tidak pandai dan malas nak masuk parking Curve. Hajat di hati nak pi Kedai BlackBerry kat Curve beli Casing tepon. Tapi aku tak sure kat Curve ke atau kat E-Curve. Duk melilau kat Curve, tapi tak jumpa, menapak ker E-Curve baru lah ada. Orang agak ramai, walaupun cuaca kat luar adalah hujan yang amat lebat, siap petir sambar menyambor lagi.

Eh! kat Curve dah siap deko deko untuk Krismas laaa, walaupun raya nye ada sebulan lebih lah lagi. Cepat sungguh dia orang nih, kalau hari raya puasa tu kengkadang lagi 2 minggu pun tak ada apa lagi. Tapi seperti biasa aku suka sangat tengok deko krismas ni. Sangat sangat colourful dan meriah gitu. Suker tengok jer yer . Setelah dapat apa yang dihajati, perut dah nyanyi lagu 'keroncong untuk ana' mintak di isi. Kita orang pergi Food Court jer, tempat-tempat orang kerja kat Curve tu makan. Murah ler sikit kan, nak masuk restoran kat keliling Curve tu tak mampu den. Heheheh ... Murah tak murah pun sepinggan pun kena enam hengget lah jugak. Tengah tengah makan tu, Hilman bersuara "Mak, kita tak sembahyang Zuhur lagi kan". Halamak! hampir luper lah pulak, nasib baik baru pukul 3 petang. Naik carik Surau kat Tingkat 3 E-Curve.

Hilman pulak lepas tu mintak nak potong rambut. Sebenarnya dari Hari Sabtu lagi dia mintak nak potong, tapi aku balik lambat. Tak sempat nak pi kedai mamak. Dia kata kena potong sebab Cikgu kata masa hari penyampaian hadiah rambut kena pendek. Idea Hilman, kalau potong awal nanti masa majlis rambut tak lah pendek sangat. Ek eleh ... macam kalau pendek tak hensem kan. Budak budak sekarang, sangat menjaga penampilan ... lah konon :)


Bukan nak bayar parking yer ;)

Nak jadik cerita, kena jugak potong hari ni sebab hari lain aku balik lambat, memang lah tak sempat. Sori ler Man, tak ada lah nak masuk kedai yang ada amoi amoi seksi tu yer, kita masuk kedai murah-murah jer. Ada banyak kat The Curve/Ikano tempat gunting rambut yang Express tu. Kami pilih kat Ikano Ground Floor. Memang tak penah pun gunting rambut sebegini. Ingat masuk kedai terus tunggu dan leh potong. Ghupernyer dia guna sistem kupon. Kena masuk duit macam mesin kat tempat parking tu. Sepatutnyer kena RM15 tapi ada diskaun RM13. Tapi kalau kat kedai mamak Sg. Buloh tu, 2 orang kena RM 10 hengget jer :)





Then dapat kupon. Kalau ramai orang kena tunggu, kalau tak boleh terus potong. Memang cepat kerja dia orang kat sini. Tapi anak aku yang sorang ni jer lambat siap. Rambut dia sangat lebat dan tebal. Dan dia banyak songeh. Dah pandai berpesen bagai budak nih. Usik bawah dengan tepi jer, atas tak kasik usik. Aku kata, serupa tak potong pun Man, atas kepala tetap merimbun. Nampak nyer lagi 2 minggu kena lah potong lagi. Nasib baik cuti sekolah dah sampai, tahun depan jer lah potong yer Man. Hehehehe ... mahu lalat masuk tak jumpa jalan keluar kalau masuk rambut kau. Bak kata Sathia, lalat pun boleh lemas.



Rambut Hilman cepat beno tumbuhnya, kengkadang tu 3 minggu sekali dah kena potong. Berbeza dengan Aran, kengkadang 2 Bulan sekali baru potong. Hilman ikut genetik aku kot, rambut lebat. Nanti kita tunggu rambut yang lain pulak lebat ke tak yer Man ... hahahaha. Tapi tang bulu roma kat tangan tu dah terbukti dah tu :)

10 comments:

Ros said...

salam,

eh....kubetulan pulak nama kita sama ya...Kak Ros tak pernah jumpak lagi la kedai gunting rambut yang macam ni...siap ambik nombor lagi tu....ramai sangat kot..tu yang depa buat macam tu...

My Life My World said...

Wa'alaikumsalam. Kak Ros ker, entah entah saya lagi tua tak ... hehehehe.

Itulah, ini first time masuk kedai serupa ni, tu yang teruja dan jakun tuh. Hahahaha

IXORAROXI said...

amboiiii kira mahal tu potong rambut kat situ, kalau kedai mamak depan umah saya RM7, budak sekolah kalu 5 hengget je :)

My Life My World said...

IXORAROXI - tu lah dia, tempat mahai bayar pun mahai ler. But no choice. Kalau boleh memang nak pi kedai mamak yang biasa tu. RM10 = 2 orang.

Mrs Taz said...

hehe Hilman dah besau dah jadik anak bujang , mesti le nak menten hensem hihi ntah2 dah ada awek kot :P

My Life My World said...

Mrs Taz - Hahahaha, gelak beso acik baca statement Zia ooiiiii. Dia tak ada awek, kata dia lah. Entah betul entah tidak lah kan. Hehehehehe

Jadi tak pi umah Eyzzah Sabtu ni? :)

Mrs Taz said...

Acik nak gi kul berapa? Sebab zia ada another wedding kat Uniten Bangi .. sedara plak tu takut tak sempat .. tapi teringin sangat nak gi wedding eyzzah ..

muhdzulq said...

semua da cuti err??
best yee jalan2 ngan mummy dorang :')

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Huiii...kak..mahai nya..
budak2 kat rumah tu bawak gi mamak aje kak.. RM8 sorang.

saya kalo ke The Curve, leka kat daiso aje. Mesti ada aje yang nak dicapai. hehehe..

My Life My World said...

azrina - Kat Tasik Puteri lagi murah dari Sg Buloh la gitu. Akak kalau gi Curve tak jumpa lak Daiso sebab sibuk melayan anak-anak carik baju dengan aksesori. Layannnnnnn ....