Jumaat, 30 Januari 2012
Kita ni kalau merancang untuk berjumpa, punyerlah payah nak tertunai, tapi kalau tak rancang, rasa nak jumpa jer terus on. Bermula dari chit chat kat FB maka terjadi ler perjumpaan ni. Kebetulan Zia dan Along kerja kat kawasan yang sama, Mid Valley Kuala Lumpur. Zia ajak, aku kata on, Along kata on ... apalagi aku terus apply cuti setengah hari, kebetulan kena abiskan cuti tahunan yang ada. Turun pulak ke Mid Valley hari Jumaat masa lunch hour, walaweh .... punyerlah ramai orang. Bayangkan nak masuk parking Mid Valley jer pun aku kena tawaf bangunan tu sampai 2 kali. Patutlah ramai datang sini naik public transport kut. Lastly dapat gak parking, cantik punyer. Tak yah jalan jauh, tetiba dah sampai 'Exhibition Area' kat tingkat 3 jer. Alhamdullilah dipermudahkan.
Mid Valley - deko Sambutan Hari Natal
Masa tengah tunggu sahabat tercinta :)
Along dengan Zia dah cuak aku tak datang, sebab lambat sangat. Mana taknyer nak masuk pintu parking pun dah dekat sejam. Nasib aku cuti, kalau idak alamatnya aku balik opis balik ler hehehehe. Zia sampai dulu baru Along, then Zia cakap dia nak belanja kami sempena Birthday aku... terima kasih dear :)
Pastis Cafe @ The Gardens - tempat melepak
Dua orang ni heret aku pi The Gardens Mall sebelah Mid Valley. Lawa tempat makannya. Kalau aku sesorang memang ler tak masuk. Hehehehe. Makan-makan, minum-minum, borak-borak dan makan-makan lagi.
Along & Zia makan yang ni - Steak Ayam
Aku makan yang ni pulak - Fettucini Carbonara
Sumpah duk situ dekat 2 jam lebih tak terasa langsung. Sampai opis Along call, tanya dia kat mana ... hehehehe. Seronoknyer lah rasa, lama betul tak jumpa korang. Terlerai rindu-rinduan. Kalaulah ada Angah sekali dengan kita mesti lagi best, tapi Angah jauh sangat kat Melaka. Noted : inilah kawan-kawan satu rumah/bilik dengan aku masa kat ITM Dungun dulu. Ketawa, menanggis bersama. Segala rahsia yang bukan lagi rahsia antara kita. Dah macam adik beradik sendiri. Mak kau aku kenal, mak aku kau kenal ... dah nak macam mak sendiri. Ini lah antara kawan kawan yang paling rapat dalam hidup aku. Kalau aku sedih mesti aku carik dia orang nak melepaskan kesedihan ... begitu lah sebaliknya.
Kat meja tu dia orang alaskan dengan kertas putih bersih - siap ada pensil lagi
Apa lagi abis alas meja tu kita orang conteng-conteng masa bercerita
Semoga persahabatan yang kita jalin sejak umur 25 tahun yang lalu ini akan berkekalan hendaknya. AMIN AMIN AMIN. Aku sayang korang semua.
Zia ... terima kasih untuk hadiah ini :)
ohhh dan Fridge Magnetic dari Europe tu ye
4 comments:
memang seronok ada kawan baik kan?
dgn kawan kita baik, dgn keluarga kawan pun kita baik juga
meriah rasanya
kasihibu - Alhamdullilah. Kawan kawan sepanjang perjalanan hidup ini baik-baik belaka semuanya. Memang meriah kalau pergi rumah kawan baik kita, serupa balik kampung :)
sori acik , hadiah tak seberapa .. ;D
Mrs Taz - Adalah pulak tak seberapa Zia, seribu rahmat dapat hadiah tu. Selalunyer Acik kalau nak gi window shopping tak pakai perfume pun sebab nanti nak pergi kat kaunter perfume kasik sembur dulu barang sekali. Hahahaha .... gitulah orang tak mampu dah nak beli perfume mahal
Thanks yer dear for the gift :)
Post a Comment