Tuesday, November 10, 2009

PETANG YANG GELAP

SABTU, 7 NOVEMBER 2009




Petang yang gelap tu bukan apa, tapi sebab hujan yang selebat-lebatnya. Macam malam. Kalau dapat tido, phewww heaven sungguh la, tapi tak leh kan. Sebab dah janji dengan anak-anak nak balik Klang - Rumah Nenek. Aku balik lewat, sebab sungguh banyak kerja. Keluar opis dalam pukul 4.oo petang. Itu pun paksa diri untuk balik, sebab nak masak 'something' untuk bawak balik Klang. Dalam hujan lebat berdentum-dentum, aku sempat lagi masak Makaroni nak bawak balik Klang, main campak campak jer dalam kuali semua ingredients. Sampai lampu kat dapur aku meletup, sebab petir kuat sangat. Aku pun tak tahu, fius dia ke bulb dia yang rosak. Sampai sekarang tak baiki lagi ;) Maka dalam keadaan hujan yang lebat tu kita orang redah jer pergi Klang.


Sebab sejuk kan dah tu duk lagi dalam 'air-con' lak, Aran apa lagi buat taik mata lah. Abang Man dengan rasa 'ke abang an' elok jer tarik bantal, tarik adik dia suruh tido kat riba dia. So sweet... heheheh. Abang Man pun terlelap sama, so aku pun keluar kan lah kamera, ingat nak ambik gambo budak dua orang ni tido ... tapi Abang Man tipu, dia tido tido 'chicken' jer. Nampak lampu flash, terus dia posing ala ala Rock Kapak tak menjadi.


Sampai terkejut Aran dengan posing melampau abang dia, terus terjaga. Dah tu nampak aku pegang kamera terus posing sama. Macam macam ler anak aku nih. Sampai rumah nenek dalam pukul 6.15 petang macam tu. Tengok tengok tinggal budak budak jer yang tinggal rumah. Mak dan orang-orang dewasa yang lain semua tak ada sebab melawat Pak Lang masuk spital TAR Klang. Pak Lang kena serangan jantung. Harap Pak Lang cepat sembuh... Amin. Dah lah dia baru jer terima 2 cucu and coming beberapa hari lagi cucu yang ketiga kat Tawau Sabah.





Sedang elok jer aku bawak Makaroni Goreng, sebab dia orang semua sedang kelaparan. Hujan-hujan ni biasalah kan lapar memanjang. Bukan tak ada Nenek masak nasi, banyak lak lauk. Tengok aku bawak Makaroni, boleh lak si kecik dua tiga orang kata "Apa ni? Macam rupa ulat jer" - hehehehe .... Tengok tu Sarah sedap jer makan 'ulat' yang aku masak tu sambil tersenyum bahagia. Sedap lah tu kan Sarah. Sarah nak ambik SPM dua tiga hari lagi. Good Luck Sarah ... semoga mendapat keputusan yang cemerlang. Amin.

.
Ni lah ha ... bebudak yang kata aku masak ulat tu. Ulat-ulat pun abis jugak dia orang makan. Senang hati aku bawak balik bekas kosong. Stay kat rumah nenek sampai pukul 10.30 malam. Aku sempat lagi menjalankan upacara tido secara Trio dengan Iqa dan Kak Long dari pukul 8.00 malam sampai pukul 10.00 malam. Bukannyer apa, tido sebab nak buat bekal takut ngantuk drive balik Kuang nanti. Ikutkan anak lelaki aku lah ni, yang tak nak balik lagi sebab nak tengok Final Piala Malaysia, Kelantan lawan Negeri Sembilan ramai ramai dengan sepupu dia orang. Sampai Kuang dalam pukul 11.15 malam. Mata dah tak ngantuk lagi ... so elok ler aku sambung buat kerja yang aku bawak balik dari opis siang tadi. Dah abis kerja opis aku sambung lak baca novel. Tido dalam pukul 1.30 malam.... End.

Wednesday, November 4, 2009

ARAN DEMAM

RABU, 04 NOVEMBER 2009



Alahai, risau nyer. Anak bongsu ku ni demam lah pulak. Baru jer terima call dari Kak Long said "Aran deman, badan dia panas". Dia tak merengek pun, dia diam jer. Bila Kak Long rasa badan dia panas, terus Kak Long call aku. Nak suruh Kak Long kasi ubat, dia tidur lah pulak. Kak Long tak sampai hati nak kejutkan. Kenapa sayang mak ni demam tetiba nih? Pagi tadi waktu salam dan peluk cium dia, aku tak lak rasa panas. Ni yang mak risau ni, periksa tinggal satu hari jer lagi. Esok last day lak tu. Jap lagi kalau panas sangat, mak bawak pergi klinik yer. Semoga Aran cepat sembuh. Amin.

Tuesday, November 3, 2009

BERTIMBUN

SELASA, 03 NOVEMBER 2009



Apa yang bertimbun?
Kerja aku lah ... apa lagi :(
Banyak benar assignment yang nak kena siapkan. Ada tarikh mati lak tu. Last last aku yang mati sebab kerja tak siap. Huk huk huk ... Stresss nyer .... risau pun ada gak. Tak pernah lah boleh aku nak duk relax buat kerja tanpa diganggu. Ada jer call lah, sms lah, email lah yang tiba tiba datang tanpa di duga, yang membuatkan bertambah lagi kerja aku. Last sekali, kerja aku yang patut nyer siap, pun tak jugak siap. Hish, seriau jer aku takut kena tanya dengan Big Boss. Akak gak yang nak kerja jawab.


Dah lah budak 'despatch' kat opis ni buat hal. Last-last aku lah jugak yang nak kena jadi despatch. Pada kerja yang melibatkan aku je lah. Kerja orang lain, soriiiiiiiiiii ler. Korang jadi lah despatch untuk kerja korang sendiri.

Belum lagi balik rumah ... kerja bertimbun nak kena buat. Whuahuahua ... kain dah menggunung dah tak lipat. Kalau balik tengok rumah sepah, lagi ler aku tension. Habis ler anak-anak aku kena tempik dengan aku, start ler aku jadi Tarzan. Mana tak nyer aku tinggalkan rumah dalam keadaan kemas, balik kerja mengharapkan kemas lah jugak, agar tak ler aku tension dengan kerja opis yang berlambak. Dah penat penat balik rumah tengok rumah sepah lagi ler aku tension. Tu yang meroyan acik jap. Hehehehe...

Nak balik lah, tak larat aku tengok fail yang bertimbun timbun ni. Esok ada lagi kan.... apa-apa pun bersyukur sangat-sangat sebab masih ada kerja. Daripada tak ada kerja ... kan kan kan.

Monday, November 2, 2009

HARI MAKAN MAKAN

ISNIN, 02 NOVEMBER 2009




Selamat Datang November... dimulai dengan Hari Peperiksaan Akhir untuk Hilman dan Aran. Semoga anak-anak lelaki mak tenang dan happy menjawap semua soalan. Dan semoga Allah mempermudahkan segalanya. Kak Long, Iqa dan Aran akan habis final pada Khamis ni, manakala Hilman hari Jumaat. Semua tak sabar nak habiskan peperiksaan, sebab nak tutup buku, nak bukak internet dengan PS2. Hmmmm... anak anak ku.


AHAD, 01 NOVEMBER 2009



Ini kisah semalam, hari yang paling berkualiti untuk kita orang... berkualiti lah sangat. Dah lah aku bangun lambat sebab 'cuti' solat. Lepas kemas rumah, bersiap keluar. Anak-anak dah kelaparan. Ingat nak makan nasi. Tapi anak anak pompuan ku mengidam nak makan pizza lah pulak. Bebudak lelaki follow jer. Pusing pusing kat Sri Damansara yang indah dan damai persekitarannya, jumpalah kedai Pizza Hut. Suker semua sebab dapat makan Pizza. Licin pinggan kita orang. Hehehehe... nampak benar dah kemaruk nak makan pizza.





Aksi-aksi terlampau Hilman bila dapat makan Pizza. Amat lah teruja nyer. Dia ni kan paling lambat sangat makan. Penat nak tunggu dia makan. Bukan apa, borak nyer yang lebih. Macam-macam bunyi dia buat, menyanyi lah sampai semua orang suruh dia diam. Berkali-kali suruh dia makan dulu baru bercakap. Belum lagi bab dia main tiup tiup air pakai straw kat Pepsi dia, atas alasan nak hilangkan 'gas' dia. Sabar jer lah aku budak ni.




Yang ni pulak aksi terlampau Aran. Dia enjoy sangat makan Pizza. Licin 'everything' yang diletakkan kat dalam pinggan dia. Siap tarik panjang keju yang ada kat Pizza tu. Punya ler lama dia posing sebab nak suruh aku ambik gambar dia tarik keju tu. Mak dia terhegeh-hegeh lak nak keluarkan kamera. Hahahaha.... cian dia.





Kami bertolak ke opis aku lepas makan. Sebab aku ada kerja nak buat, tapi tak lama pun. Sekejap jer siap. Lepas anak-anak solat Asar, kita orang ke Tesco. Anak-anak sibuk nak beli pen lah, pemadam lah untuk final exam dia orang. Sambil-sambil aku cari barang basah, stok nak buat makan kat rumah dah abis. Punyer lah panjang kena beratur nak bayar, kaunter dia bukak sikit lah sangat.





Hilman dan Aran pulak dah mintak permission nak pergi main kat aked yang ada kat situ. Sebab lama sangat nak tunggu buat bayaran kat kaunter. Macam seronok jer Hilman tembak Tarantula yang nak keluar kat Skrin tu. Penuh perasaan dia main.



Aran pun sama gak. Yang kelakarnya, dia sampai terpaksa membaringkan badan dia, sebab kaki tak cukup panjang nak tekan minyak. Hehehehe. Nasib baik abang Man tolong. Tapi kalah jugak sebab memang jarang main benda ni pun. Anak-anak dah merengek lapar balik lak lepas tu. Semua tak sabar nak makan kat Food Court yang ada kat situ.





Lepas makan terus balik. Sampai rumah pukul 8.oo malam. Sempat lah anak-anak tunai maghrib kat rumah. Punyer lah penat, tapi seronok sangat sebab dapat habiskan masa dengan budak budak ni. Lagi seronok bila dengar Aran dengan comelnya berkata "Aran paling suka hari ni, terima kasih mak". Apa lagi lah yang dapat membahagiakan hati seorang ibu selain dapat melihat dan merasai kebahagian anak-anak nya...

Saturday, October 31, 2009

KEM IBADAH SOLAT

SABTU, 31 OKTOBER 2009




Dari petang semalam, duk fikir fikir nak masak apa lah untuk sarapan hari ni. Gitu ler aku hari hari sentiasa duk merangka nak masak apa. Memandangkan Hilman dan Aran ada Kem Ibadah Solat kat Masjid yang dianjurkan oleh Sekolah Kuang hari ni, maka aku tak nak lah dia orang pergi dengan perut yang kosong walaupun dia orang asyik duk kata tak sabar nak makan nasi ayam yang sekolah sediakan. So ... aku pun masak nasi lemak berlaukkan ayam goreng dan telur serta sambal kosong jer. Tengok ler Hilman tu, tengah menghayati nasi lemak mak dia, orang lain dah siap makan dah, dia entah tambah untuk kali keberapa lah tu, tak abis abis lagi. Lepas masak aku prepare nak pergi kerja pulak. Aku kerja hari ni :(



Aku tak sempat nak makan nasi lemak yang aku masak tu ..huk huk huk... sebab rushing kena hantar Aran ke Masjid. Sessi Aran start dari pukul 8 pagi sampai 10 pagi. Hilman pulak dari 10 pagi sampai 12 tengahari. So Hilman nanti akan dihantar oleh Tok Abah, then tok abah akan fetch ambik Aran. Hehehehe kita orang ni masih sempat posing kat dalam keta lagi masa tunggu lampu hijau kat traffic light. Suka tengok Aran senyum hingga menampakan gigi dia, sweet jer macam gula gula yang boleh dimakan dengan kulit kulit nyer, yang ada gambar arnab tu. Apalah yang aku merepek nih.


Chewah, sempat posing lagi tu lepas ambik wuduk. Semua murid dikehendaki pakai baju melayu dan baju kurung hari ni. Aran awal-awal lagi kata nak pakai baju melayu warna biru dia. Siap dengan samping dan songkok lagi.


Aku tunggu sampai Aran masuk masjid. Cian dia tinggal sorang-sorang. Sebab kita orang dah lewat 10 minit. Tak per lah, dia pandai bawak diri. Nanti kat dalam masjid tu mesti dia cari kawan kelas dia. Lepas hantar Aran, aku terus menyambungkan perjalanan ke opis. Cuaca amatlah nyaman hari ni, hujan rintik rintik sejuk jer. Jalan pun tak jem. Alangkah best nyer kalau aku boleh tidur lagi saat ini. Dalam mimpi jer lah ...



Sampai opis sebelum pukul 9 pagi. Disebabkan acik kempunan tak dapat makan nasi lemak buatan sendiri tadi, maka aku pun telah membeli Nasi Dagang nih ha. Sempat lagi tu singgah tepi jalan depan Sek Ren Bukit Rahman Putra. Sedap jugak Nasi Dagang ni. Bila lah aku nak belajar masak nasi dagang dari sifu kat rumah tu. Tak ler sempat sempat lagi. Sekian ler cerita merapu aku di pagi sabtu ;) harap tidak mengundang keboringan dari korang semua.

Thursday, October 29, 2009

FINAL EXAM

Khamis, 29 Oktober 2009


Hari ni start Final Exam untuk Kak Long dan Iqa.

Good Luck untuk anak-anak mak.

Semoga tenang dan mudah menjawap segala soalan.

Jangan buat 'kesalahan bodoh' yer.

Mak sentiasa doakan kejayaan anak anak mak.

Wednesday, October 28, 2009

MARI BELAJAR MEMASAK

AHAD, 25 OKTOBER 2009






Hari ni budak pompuan yang pakai tudung hitam nih, punyer lah so teruja nak memasak. Tak sabar-sabar nak suruh aku belikan bahan untuk dia. Sanggup dahulukan duit nyer sendiri. Sanggup ikut aku pergi kedai dalam keadaan yang tergesa-gesa. Ini sebab Amri ler nih. Yang menyebabkan Kak Long tak sabar sabar nak buat Puding Roti. Dengar kata Amri sukses buat puding roti sendiri, lagi lah dia tak sabar sabar nak buat. Alang-alang dah beli bahan untuk Kak Long, aku tiba tiba lah pulak rasa nak makan kek keju. Mengada-ngada sungguh ler tekak aku nih. Maka belilah sekali bahan untuk buat kek keju.





Seperti selalu kalau nak mem'baking' mesti cukup corumn, sebab semua orang berada di dapur. Mak dan Kak Long jer yang jadi tukang masak. Iqa tukang snap snap gambar sambil menjadi pembantu tak rasmi. Hilman dengan Paan jadi pemerhati setia sambil setiap saat menelan air liur sebab tak sabar sabar nak makan ;) Aku suka waktu-waktu seperti ini sebab ... di masa-masa inilah aku dan anak anak dapat mengeratkan kasih sayang :) Excited sungguh bila nak mencuba sesuatu yang baru. Macam buat eksperimen kat makmal sains sekolah pulak. Takut tak jadi pun ada gak. Yang tukang pemerhati pulak tak abis abis bertanya itu dan ini.


Ini ler hasil nyer Puding Roti Kak Long. Gambar dari kiri sekali dengan yang tengah tu adalah sebelum di masak. Yang kanan tu selepas di masak. Macam tak jadi jer kan. Huk huk huk. Pertama kali buat, so kak long pun tak dapat imagine. Asyik asyik sms Amri nak tanya macam mana nak buat. Tapi rasa not bad lah. Cuma rasa nyer kurang letak krim dan terlalu banyak roti. Tak per kak long nanti cuba lagi yer. Nak belajar tak kan terus nak perfect kan. Practice Make Perfect.

Yang ni pulak Kek Keju Mini by me. Credit to Mak Lang, aku ambik resepi dari blog dia. Senang jer nak buat, dan hasil nyer mmmmm yummy. Dan boleh mengemukkan jika diambil selalu. Hehehehe ... but aku suka sangat. Nanti nak buat lagi. Walaupun tak lah perfect sangat nyer. Kena banyak di baiki lagi. Tak per aku akan cuba dan cuba lagi. Chaiyok ... Chaiyok.