Semalam Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dah pun selamat membuat pembentangan untuk Bajet 2014. Dari pandangan seorang aku, rakyat marhaen ni ... tak ada apa yang istimewa sangat pun. BRIM aku tak layak ... gula naik harga ... GST dah mula diperkenalkan... tang bonus lak jauh sekali (aku bukan kakitangan kerajaan). Yang best sikit hanya dapat bantuan persekolahan anak-anak dan Baucer buku untuk pelajar IPT dan pra-universiti. Alhamdullilah. Kengkadang rasa terhimpit jugak, segala bantuan semua tak dapat (kecuali dua di atas), bayar potongan cukai tiap-tiap bulan bukan sikit pulak tu. Cepat benor LHDN balas surat kata aku tak ada lebihan. Agak sakit hati di situ. Dan lastly dah 2 tahun cukai terlebih bayar dan tak dapat potongan balik pun duit tu. Redha jer lah.
Apa-apa pun hidup perlu diteruskan ... tak boleh lah nak bermewah-mewah sangat. Di kala anak-anak sedang membesar ni, banyak nak pakai duit. Masa kecik dulu tak rasa sangat, takat beli pampers dan susu jer plus bayar orang gaji. Susu pun murah tak harga bertengket-tengket macam sekarang ni. Dah besor ni lagi banyak belanja ... sebab anak-anak dah pandai demanding. Dah pandai melawa dan dah pandai memilih. Huhuhuhu .. dulu masa kecik dia orang ni terima jer mak pak dia kasik apa tanpa banyak songel kan. Nasib baik Kak Long dapat Elaun KPTM untuk 2 semester berturut-turut. Tapi duit makan pun kena juga disediakan. Kan dah tanggungjawab. Harapkan elaun nanti cepat sangat habisnyer. So kena lah simpan jugak untuk emergency masa di Kolej. Yang lagi tiga kena lah tanggung. Iqa pun dah nak habis sekolah.Tak lama lagi kalau ada rezeki nak sambung belajar lagi, duit lagi kan. Insya ALLAH ... rezeki anak-anak pasti ada. Jadi tenang-tenangkan lah diri ... bersabar dan senyum.
Semenjak dua menjak ni suka pulak dengan lagu ni, lebih-lebih lagi lepas Pembentangan Bajet 2014 ni. Sangat kena sekali. Hehehehe ... Jom layan.
2 comments:
Jangan difikir sangat. Kalu fikir memang ada terasa. Jadi buat tak tau jer... Hidup kena diteruskan.
Anak yang masih sekolah dapat BRIM tu kira alhamdulillah la.
Azieazah - Betul sangat sangat tu Kak AA. Jadi bersyukurlah sentiasa dengan apa yang ada :)
Post a Comment