Saturday, November 14, 2009

CUP CAKES & SATAY NUGET

Beberapa hari yang lalu, budak ni sanggup ponteng sekolah datang rumah aku, sebab nak ajar Kak Long buat Cup Cakes. Hai, nasib ler periksa dah abis...
Ini ler anak sedara aku ... Inas. Kecik jer tapi cili api, terer masak jugak teror bercakap tak henti henti macam aku. Umur sebaya jer dengan Kak Long, 14 Tahun - beza sebulan jer tarikh lahir. Tapi saiz macam Hilman. Hehehehe.... Sanggup dia datang rumah Mak Lang sebab nak ajar Kak Long buat Cup Cakes. Kebetulan pulak, Kak Long tak tahu nak bawak apa untuk Surprise Birthday Party Mak Susu. Apalagi ... Inas ler jadi mangsa. Tapi Mak Lang tak sempat nak jumpa Inas hari tu sebab balik rumah lambat, dia dah balik ke rumah kat Tasik Puteri Rawang.



Ini ler hasilnyer. Abis ler bahan-bahan buat kek aku kat dapur dikerjakan Inas dan Kak Long sebab nak siapkan kek nih ha. Dah lah 'Piping Beg' pun dah abis, pewarna pun tak cukup. Kau main punggah jer apa yang boleh digunakan kat dapur Mak Lang yer Inas. Tapi ... hmmm... not bad, cantik jugak kek ni.



Macam macam rupa ada, walaupun tak cukup utensil nak mencantikkannya. Nanti cuti sekolah ni, datang lagi rumah Mak Lang yer, ajar Mak Lang pulak. Kali ni kita buat lawa-lawa. Mana tahu ada orang teringin boleh buat jual. Hahahaha... Aku dah bermimpi di siang hari.

Dan di pagi yang sama Kak Long nak hangkut cup cakes ke sekolah, aku lak prepare nugget dan small sausage ni, sebab Hilman ada majlis makan-makan untuk Pengawas kat sekolah dia. Sibuk betul pagi tu. Kesian lak kat Hilman kalau tak sediakan apa-apa untuk dia, sedangkan dia dah siap-siap ingatkan aku dari minggu lepas lagi dia nak bawak 'something'untuk majlis tu.

Nak bagi menarik lagi, aku pun cucuk ler kat lidi buat macam satay. Macam ler menarik sangat, rupa dah nak jual kat pasar malam jer. Aku rasa bebudak mesti suker makan macam ni, dan senang sikit nak makan. TAPI ... balik tu aku tanya Hilman laku tak satay nugget yang dibawak ke sekolah tu. Dia kata "Cikgu ambik, bawak makan untuk cikgu2 jer". Hish, aku banyak kali kena macam ni. Ada beberapa kali aku bekalkan Kak Long dan Iqa kek coklat ke sekolah masa ada makan-makan, PUN cikgu dia orang bawak bilik guru, tak agih agih pun kasi anak murid makan ....huk huk huk :( Ingat nak kasi anak aku makan sesama kawan, tapi cikgu pulak ambik makan sesama kawan. Hmmmm... agak nyer menarik sangat ker makanan aku tuh ... hahahaha...harus korang baling batu kat aku lepas ni. Ampun ;)

6 comments:

azieazah said...

Itu lah antara perkara yg saya tak suka tentang CIKGU CIKGU sekolah.. Ada kala sangat melampau depa nih.. (bukan semua laaa) tapi contoh yg kene pada anak2 ACIK ni memang buat geramm jerr...

Sebab tu kadang2 bila anak2 nak bawak something ke sekolah, rasa bengang semacam dan jadi tak ikhlas lak.. sbb kes macam tu laa..

Kita nak kasi anak2 kita share dgn kawan...depa lak amik macam tak pernah makan lak sebelum ni.. >> nasib ler kalu ada cikgu2 nak marah aku kalu baca komen ni.. memang terjadi pun..

tu belum lagi kalu hari Kantin...siap arah anak2 murid bawa tu bawak ni, taja tu taja ni.. bahan mentah la, nak masak ler.. sorang skit bawa minyak la, bawa sardin la, banyak susu la.. dengan alasan utk jualan sempena Hari Kantin or Hari Usahawan or whatever!! tapi.. ada tu, amik bawak balik buat stor dapur rumah dia kot..

mesti ada yg tak ngaku punya dengan komen ni.. tp nasib aarrr.. kita cakap benda betul yg memang ada terjadi.. wpun bukan semua..

My Life My World said...

azieazah - ingatkan saya jer yang kena macam tu. Tu lah pasal nyer, kena lah redhakan. Tapi membantutkan tenaga, sebab anak kita ni dah terliur nak makan dari rumah, mak dia kata "Tunggu lah makan dengan kawan-kawan" alih alih dia tak dapat makan, kawan-kawan yang terliur nak makan pun tak dapat makan. Kempunan budak budak tu. Nampak macam tak ikhlas jer acik kan...huk huk huk... sebab niat kita nak bagi anak-anak makan.Tapi niat tak kesampaian

IXORAROXI said...

boleh tak nak hantar Dayah belajar sekali buat kek kat rumah awak?dia pun minat amat benda2 camtu :D..
ish ish ish cikgu cikgu,memang tak patut betul..sabar jeklah

My Life My World said...

IXORAROXI - Boleh jer, tapi setakat ni nak belajar kek cekelat boleh jer, ker chips chocolate ker. Inform jer saya ek.

ayang said...

cikgu nak save budget... makan free.. kat pasau malam kena beli.. ni dapat sebasin.. apa lagi.. kenduri la...kesian cikgu tu, nugget 7 sosage pun tak pernah makan...hehehehe

My Life My World said...

ayang - kau tak nak cakap ker, menarik ler tu makanan akak, tak macam kat pasar malam. Muahahahaha